Toturial asas HTML

Belajar asas HTML

Selamat datang ke blog Webitkom.com. Semoga anda sentiasa sihat hendakNya.

Pada kali ini saya akan membuat toturial mengenai belajar asas HTML. Walaupun HTML ini sudah lama namun tidak salah untuk saya menerangkannya lagi.

Bagi anda yang baru hendak mula membuat sebuah halaman web atau blog tentu memerlukan sedikit sebanyak pengetahuan mengenai asas HTML, CSS, Java skrip dan bahasa-bahasa skrip yang lain.

Mempelajari HTML adalah tidak terlalu sukar. Sesiapa pun boleh memahaminya dengan begitu cepat dan mudah.

Dalam toturial ini saya akan menerangkan  secara terperinci dengan menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas supaya senang untuk anda memahaminya.

Sedikit pengenalan mengenai HTML.

HTML adalah sebuah bahasa markup(penanda) standard masa kini yang digunakan sebagai asas untuk membuat sesebuah halaman web. Namun begitu ia bukanlah bahasa pemograman kerana ia mempunyai fungsi yang berbeza.

Di dalam toturial ini saya akan menerangkan mengikut senarai topik yang telah saya kelaskan seperti berikut :-


Sebagai permulaan adalah lebih baik kita mengetahui serba sedikit mengenai sejarah HTML.

Terus ke topik yg pertama yaitu :-

Sejarah, tujuan dan pengertian HTML

Sejarah HTML.

Sejarah ringkas.

Versi HTML yang pertama mula dicipta ialah pada penghujung tahun 1991, ditulis oleh Tim Berners-Lee.

Sejak dari itu, terdapat banyak versi HTML yang berbeza.

Berikut versi HTML yang popular :-

- HTML versi 2.0 mula diterbitkan pada tahun 1995. Mula diambil alih oleh penubuhan W3C(World Wide Web Consortium)

- Lahir Versi 3.2 yang disyor penggunaannya pada tahun 1997.

- Seterusnya Versi 4.01. Versi yang sangat popular pada tahun 1999. Ia merupakan versi yang menjadi standard digunakan secara meluas di seluruh dunia. Pada versi ini juga telah terciptanya fail XHTML(Extensible Hypertext Markup Language) yaitu fail tambahan bagi membentuk HTML.

-Versi 5.0 adalah versi penambah baik hasil kerjasama kumpulan WHATWG dan W3C dari versi 4 dan kini versi terbaru adalah versi 5.2.

Tujuan utama HTML dibuat.

Tujuan utama HTML dicipta adalah untuk membuat sesebuah paparan halaman pada skrin elektronik seperti komputer dan lain-lain yang boleh berhubung melalui internet.

Paparan ini dipanggil halaman web(web page atau web site) yang boleh diakses menggunakan aplikasi tertentu seperti menggunakan web browser dan lain-lain.

Pengertian HTML.

HTML adalah singkatan dari "HyperText Markup Langguage" yang bermaksud bahasa penanda tulisan hyper. 

Untuk mudah difahami saya tafsirkan begini HTMI adalah suatu simbol dan teks tertentu yang digabung dan digunakan untuk membentuk sebuah paparan pada halaman web.

Simbol dan text  ini terbentuk seperti sebuah kod penanda atau nama yang khusus yang dipanggil "tag" . Sebagai contoh "tag <head>", "tag <p>" dan banyak lagi.

Kod-kod ini akan diperbagaikan oleh nilai tertentu atau dengan menggunakan bahasa skrip lainnya untuk menjadikan halaman web yang lebih menarik dan cantik.

Jika anda ingin melihat kod tag ini anda boleh melihatnya dengan menekan pada butang kanan tetikus dan pilih "view page source" atau dengan menekan pada keyboard "ctrl+u" dan paparan yang penuh dengan tulisan kod tag ini akan kelihatan.

Dari situ kita dapat memahami sebenarnya paparan web yang kita lihat selama ini adalah terdiri daripada kod-kod tag yang komplek.

Contoh kod tag utama yang digunakan di dalam HTML adalah seperti berikut :-

<!DOCtype html>
<html>
<head>
<title>Nama halaman web</title>
</head>
<body>
<h1>Tajuk halaman web</h1>
<p>Baris ayat</p>
</body>
<html>

Terdapat banyak lagi kod tag di dalam HTML. Saya akan membahas mengenai tag-tag ini dengan lebih terperinci pada halaman yang lain.

Selesai sudah topik pertama Sejarah, tujuan dan pengertian HTML. Seterusnya kita ke topik berikutnya yaitu Cara membuat file HTML dan contoh halaman web.

TOPIK SETERUSNYA ➡️


No comments:

Post a Comment