Dapatkan siaran MYTV

Cara mencari signal siaran MYTV

Selamat datang ke Webitkom.com. Projek DIY kali ini adalah cara untuk mencari dan mendapatkan signal siaran percuma MYTV.

Seperti yang diketahui siaran tv percuma di Malaysia telah beralih sepenuhnya dari siaran analog kepada siaran digital. Untuk mendapatkan siaran digital ini, pengguna harus menggunakan dekoder khas iaitu dekoder jenis DVBT2 atau jenis DVBS2. Selain itu siaran boleh juga didapati dengan menggunakan televisyen yang mempunyai DVBT2 dipasang di dalamnya(built in).

Mungkin ramai yang telah mendapat siaran percuma MYTV. Tapi tahukah anda bagaimana untuk mencari isyarat(signal) dan mendapatkan siaran MYTV dengan cara yang mudah dengan menggunakan aplikasi tersedia ditelefon.

Saya telah memasang MYTV di rumah pelanggan sejak 3 tahun yang lepas dan berjaya dengan cara ini tanpa menggunakan alatan yang khusus..

Untuk makluman, siaran percuma MYTV boleh diterima dalam 2 cara iaitu :-

  1. Melalui pemancar dari pencawang MYTV dengan menggunakan aerial(antena) digital.
  2. Melalui pemancar satelit. Hanya boleh menggunakan dekoder kombo DVBT2/S2 khas dari MYTV dengan menggunakan piring satelit(satelit dish)

Untuk kali ini, cara yang saya akan tunjukkan adalah dengan menggunakan dekoder DVBT2 original dari MYTV. Untuk dekoder kombo DVBT2/S2 saya akan bahas pada halaman yang lain.

Sebelum mulakan, semak dahulu senarai alatan yang diperlukan untuk memasang MYTV.

Senarai alatan pemasangan MYTV

Gambar dekoder MYTV original DVBT2 dan kombo DVBT2/DVBS2
Gambar dekoder MYTV original DVBT2 dan kombo DVBT2/S2

Dekoder universal DVBT2 dan kombo DVBT2+S2
Dekoder universal DVBT2 dan kombo DVBT2+S2

1. Dekoder MYTV

Pertama kita harus mempunyai dekoder MYTV. Ada banyak jenis dekoder. Selain dekoder original dari MYTV, anda juga boleh menggunakan dekoder universal lain yang boleh didapati dengan mudah di Shopee dan Lazada.

Gambar antena digital indoor dan outdoor
Gambar aerial digital indoor dan outdoor

2. Aerial digital

Kedua Alat yang diperlukan ialah aerial digital(UHF) bagi mendapatkan signal. Aerial digital mempunyai bayak jenis ada yang boleh dilekatkan pada dinding atau digantung samaada untuk dipasang di dalam rumah mahupun dipasang di luar rumah.

Setiap aerial mempunyai kekuatannya yang tersendiri untuk menerima isyarat. Pilihlah aerial yang sesuai dengan mengikut jenis kekuatan bergantung pada jarak antara rumah dengan pencawang MYTV.

Terdapat juga alatan lain yang boleh meningkatkan kekuatan penerimaan signal iaitu menggunakan alat signal booster tetapi saya tidak akan menunjukkan di sini kerana penggunaan booster sangat tidak digalakkan.

Gambar kable RG6 (kable Astro) atau kable RG59 dan kepala penyambung kable
Gambar kable dan kepala penyambung kabel

3. Kabel, kepala penyambung dan telefon

Alatan lain yang diperlukan adalah kabel arial jenis kabel RG6(kabel astro) atau RG59, kepala penyambung kabel untuk sambungan dari arial ke dekoder dan terakhir sekali telefon yang mempunyai aplikasi "Google Maps".

Setelah semuanya siap mari kita lakukan mengikut langkah-langkah berikut :-

  1. Menentukan saluran dan frekuensi
  2. Mencari arah pemancar
  3. Memasang antena
  4. Set dekoder

Langkah 1 : Menentukan saluran dan frekuensi

Menentukan saluran dan frekuensi di kawasan anda boleh merujuk pada laman web rasmi MYTV di www.mytvbroadcasting.my atau boleh lihat pada gambar di bawah :-

Gambar lokasi pencawang MYTV
Lokasi pemancar pencawang MYTV
Gambar senarai lokasi, saluran dan frekuensi MYTV
Lokasi dan senarai saluran dan frekuensi MYTV

#Klik pada gambar untuk zoom

Gambar di atas menunjukkan tempat, negeri, senarai saluran dan frekuensi pemancar MYTV yang digunakan.

Anda boleh kenalpasti pemancar dan saluran/frekuensi yang paling hampir dengan kedudukan rumah anda. Setelah anda kenalpasti sila terus ke langkah berikutnya.

Langkah 2: Mencari arah pemancar

Lokasi pencawang menara KL
Lokasi pemancar Menara KL

Buka aplikasi Google Maps di telefon anda, taip nama lokasi pemancar sebagai contoh anda berada di Selangor, Petaling Jaya. Jadi pemancar yang paling hampir dengan anda adalah Menara KL dan Bukit Sungai Besi.

Kemudian tekan "direction" pada google maps. Google maps akan menunjukkan lokasi yang dicari secara lalai(default). Perkara yang perlu diberi perhatian adalah kedudukan rupa peta dan gambar gelombang biru pada lokasi anda. selanjutnya lihat pada gambar di bawah.

cara mencari arah pemancar MYTV
Mencari arah pemancar MYTV

Ikut arahan seperti gambar di atas. Dari situ kita dapat mengetahui arah yang tepat pemancar itu berada mengikut kedudukan arah telefon.

TELEFON HENDAKLAH PUSING DALAM KEADAAN MENDATAR UNTUK MENGUBAH ARAH GELOMBANG BIRU PADA SKRIN

Langkah 3 : Memasang antena

Anda boleh terus memasang antena dengan menghala ke arah pencawang mengikut arah telefon anda. Kemudian sambung kabel dari arial ke dekoder dengan kepala penyambung.

Biarkan kabel panjang dahulu kerana anda perlu set dahulu  dekoder sebelum menentukan kedudukan yang sesuai untuk meletak arial.

Langkah 4 : Set dekoder

Gambar paparan skrin MYTV
Gambar paparan skrin MYTV

Gambar menu carian MYTV
Gambar menu carian MYTV

Pastikan kabel HDMI atau AV bersambung pada tv. Begitu juga set tv ke HDMI/AV mengikut kabel input yang digunakan. Bila paparan pada tv telah keluar tekan butang "exit" pada remote kemudian tekan "menu" dan pilih "carian manual".

Gambar saluran 45 frekuensi 666000KHz MYTV
Gambar saluran 45 frekuensi 666000KHz MYTV

Gambar saluran 43 frekuensi 650000KHz MYTV
Gambar saluran 43 frekuensi 650000KHz MYTV

Apabila paparan carian manual keluar, pilih siaran frekuensi, (KHz) dan jalur lebar yang dikehendaki mengikut gambar pada Senarai frekuensi tadi.

Sebagai contoh, saya menggunakan pemancar dari Menara KL. Pemancar Menara KL menggunakan saluran frekuensi 45 666000KHz dan saluran frekuensi 43 650000KHz. Kedua-duanya menggunakan jalur lebar 8M. Jadi tukar saluran frekuensi kepada salah satu tersebut. Setelah tukar lihat adakah ada isyarat pada bar intensiti dan kualiti.

Jika ada, pastikan melebihi 50%. Jika kurang gerakkan arial ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan sambil melihat bar pada skrin tv sampai mendapat "%" yang terbaik yang boleh diperolehi.

Jika pada bar tiada perubahan atau "%" tidak meningkat, anda harus mengubah kedudukan arial. Berkemungkinan isyarat tidak sampai pada kedudukan itu.

Untuk mendapatkan signal yang baik, arial harus diletakkan pada tempat yang tinggi dan tidak terlindung oleh sebarang objek seperti pokok, rumah mahupun bukit. Ulang langkah-langkah di atas sehingga anda mendapat signal yang baik.

Pastikan isyarat saluran frekuensi pertama dan kedua seimbang semaksimum mungkin bagi mengelak gangguan siaran pada salah satu frekuensi. Jika anda berpuas hati dengan isyarat yang diperolehi, baru ketatkan arial supaya ia tidak berubah lagi dan kemaskan kedudukan kabel arial.

Selepas itu anda boleh imbas(scan) kedua-dua saluran frekuensi tersebut atau anda boleh pilih "Carian automatik". Tunggu sehingga proses imbas selesai.

ISYARAT INTENSITI DAN ISYARAT KUALITI HARUSLAH MELEBIHI 50% BAGI MENDAPAKATKAN SIARAN YANG LEBIH BAIK DAN STABIL
Gambar siap carian MYTV
Gambar siap carian MYTV

Selesai, kini anda boleh melihat siaran percuma MYTV dengan kualiti gambar yang super duper tiptop. Jangan lupa pastikan kabel dan antena dipasang dengan kemas.

Sekian Projek DIY Cara mendapatkan siaran MYTV dari Webitkom.com.

Terima kasih mengunjungi blog sederhana ini..Semoga bermanfaaat.

Projek DIY seterusnya >>

No comments:

Post a Comment