Tukar skrin Asus Zenfone MPM1

Gambar logo Asus Zenfone Max Pro M1

CARA TUKAR SKRIN ASUS ZENFONE MAX PRO M1

Assalamulaikum

Projek DIY seterusnya adalah cara untuk menukar skrin dan bateri Asus Zenfone Max pro M1. 

Mungkin toturial ini anda boleh lihat banyak di Youtube, tapi untuk versi web masih kurang.

Oleh itu saya akan menunjukkan toturial beserta gambar agar lebih mudah untuk anda membuat rujukan. 

Untuk mendapatkan skrin ini, saya akan sertakan link :-

Shopee :- skrin asus zenfone max pro m1


bateri :- bateri asus zenfone max pro m1

Skrin saya beli di Shopee berharga RM145.00 dan bateri berharga RM45.00.

OK mari kita terus ke toturial berikut :-

gambar skrin asus zenfone max pro m1 retak
Gambar sebelum tukar skrin

Ini adalah telefon yang akan kita tukar skrinnya. Telefon ini saya sudah pakai selama 3 tahun dan masih berfungsi dengan baik. 

Dengan menukar skrin dan bateri akan meningkatkan kembali prestasi serta menjadikan telefon ini seperti baru.

Sebelum itu kita semak dulu alatan(tool) yang diperlukan.

Skrin baru siap bingkai(frame)

Pertama kita harus sediakan skrin baru yang akan ditukar. Lihat pada gambar saya membeli skrin siap sekali dengan bingkai.

Jadi ketika hendak menukar skrin anda tidak perlu gam untuk menanggalkan skrin pada frame yang lama, cukup hanya pindahkan papan litar(board) dari telefon lama ke bingkai telefon baru.

alatan bukak hanfone asus zenfon max pro m1
Alatan yang diperlukan

Lain-lain alatan adalah pemutar skrew mata bunga bersaiz kecil, penyungkil bingkai plastik keras dan lembut.

Cara bukak penutup(cover) belakang

Mula sekali matikan dan kluarkan kad sim dan kad memori dari telefon.Kemudian cungkil bahagian tepi skrin bermula dari step 1 ke step 2, ikut pada gambar. Setelah telah tanggal akan kelihatan seperti ini :-

bahagian dalam asus zenfone max pro m1
Bahagian dalam telefon

bahagian atas penutup papan litar asus zenfone max pro m1
Bahagian atas penutup litar

bahagian bawah penutup papan litar asus zenfone max pro m1
Bahagian bawah penutup litar

Selepas itu buka skrew penutup papan litar sebanyak 9 biji di bahagian atas dan 5 biji di bahagian bawah. Kemudian tanggalkan penutup.

Tanggalkan dengan penyungkil dengan hati-hati dan beri perhatian jangan sampai merosakkan kable riben dan papan litar.

test(uji) skrin asus zenfon max pro m1
Uji skrin

Sebelum memindahkan papan litar ke bingkai baru, sebaiknya uji(test) dahulu keadaan skrin dengan menyambung kable riben dari skrin baru ke papan litar lama.

Cara untuk cabut sambungan(connector) kable riben cukup mudah hanya cungkil dengan perlahan dengan menggunakan jari kuku. Uji skrin dan pastikan okey baru teruskan ke proses seterusnya.

PASTIKAN RIBEN SKRIN TIDAK TERLIPAT MELEBIIHI 90 DARJAH BAGI MENGELAK SKRIN MENJADI HITAM

papan litar atas zenfone max pro m1
Papan litar atas

papan litar bawah asus zenfone max pro m1
Papan litar bawah

Matikan semula telefon dan tanggalkan kable riben. Kemudian tanggal semua sambungan kable riben dari papan litar kecuali kamera hadapan dan belakang.

Untuk menanggalkan kable  riben suis bunyi(sound) pastikan cungkil kunci(lock) terlebih dahulu sebelum menarik kable riben keluar.

Untuk papan litar bawah terdapat gam melekat pada litar. Gunakan alatan plastik lembut untuk menanggalkan gam. Setelah semua papan litar ditanggal akan seperti ini :-

frame kosong dengan bateri asus zemfone max pro m1
Bingkai dan bateri

Bagi menanggalkan bateri anda perlu tarik plastik berwarna merah pada bahagian bawah kanan bateri sehingga tercabut/putus.

Selepas itu cungkil bateri secara perlahan Gunakan plastik lembut dengan memasukkan plastik tersebut ke bawah bateri dan tolak perlahan-lahan untuk menanggalkan gam pada bahagian bawah bateri.

Untuk saya tidak perlu menanggalkan bateri lama kerana saya akan masukkan bateri baru pada bingkai telefon baru.

Setelah semuanya ditanggalkan anda cuma perlu pindahkan, sambung dan pasang sahaja ke bingkai skrin baru. Jangan lupa tanggalkan semua plastik atau gam yang tidak perlu pada bingkai yang baru. Untuk proses pemasangan saya tidak sertakan kerana sama dengan proses buka.

Hasilnya anda akan dapat seperti telefon baru...❤❤❤WALLAWEH❤❤❤

Yang lama jangan buang, boleh digunakan sebagai alat ganti.

Gambar telefon Asus selepas tukar skrin
Selepas tukar skrin

Sekian cara menukar skrin Asus Zenfone Max Pro m1 dari Webitkom.com.

Semoga bermanfaat. Terima kasih mengunjungi blog sederhana ini.

Projek DIY seterusnya >>



No comments:

Post a Comment